rap

Caprice cabar serah surat saman

Kuala Lumpur: Penyanyi rap Caprice mencabar pendakwah bebas yang dikaitkan dengan isu kontroversi agar mengemukakan surat saman dengan segera bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan lanjut.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, penyanyi bernama sebenar  Ariz Ramli, 33, seolah-olah memberi gambaran tidak gentar memperjuangkan isu yang membabitkan pempengaruh dari negara seberang itu.

Tindakan berkenaan juga secara tidak langsung membolehkan pihak mewakili mangsa menghantar semula saman kepada ustaz itu berserta bukti.

"InsyaAllah Part 2 dan Part 3 akan dikeluarkan pada Jumaat nanti, jam 9 malam," katanya. 

Sebelum ini, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan pendedahan yang dibuat di dalam podcast bersama Mondy Tatto.

Mondy mendedahkan perasaannya yang tidak selesa apabila menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

 

Disiarkan pada: September 18, 2023 @ 9:07pm
d