rap

Kereta tiba-tiba terbakar, mujur Erysha Emyra sempat keluar

Oleh Najiy Jefri

najiy.jefri.hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Erysha Emyra berdepan detik mencemaskan apabila kereta jenis Mini Cooper miliknya itu tiba-tiba terbakar ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya petang semalam. 

Bagaimanapun, Erysha bersyukur apabila dia sempat keluar dari kereta dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Namun, dia sedih apabila kereta kesayangannya berwarna biru itu hangus.

"Insiden yang begitu trauma berlaku kepada saya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini (semalam), tetapi alhamdulillah saya selamat dan berada dalam keadaan baik.

"Kereta saya tiba-tiba terbakar dan tidak dapat diselamatkan. Alhamdulillah saya dapat keluar daripada kereta tepat pada masanya,cuma panik sepanjang perjalanan," tulisnya dalam beberapa hantaran di Instagram Story.

Menerusi perkongsian itu, Erysha tidak dapat menahan air mata apabila menyaksikan kereta kesayangan berwarna biru itu hangus 100 peratus.

"Ketika bomba tiba kereta saya sudah hangus terbakar. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas 'jasa' anda selama ini," katanya. 

Disiarkan pada: November 2, 2023 @ 10:03am
d