rap

Evertts dan Syasya tiada apa-apa

Oleh Lydia Saiful

Kuala Lumpur: Finalis Hero Remaja, Evertts Gomes menafikan dia dengan anggota Dolla, Syasya mempunyai hubungan istimewa.

Evertts atau nama sebenarnya Everrts McClane Gomes, 26, berkata, dia dan Syasya sekadar berkawan baik.

"Kami sebenarnya hanya berkawan baik, tiada yang istimewa.

"Kami berkawan bermula dari video lakonan saya yang tular di media sosial. Dalam video itu, saya berlakon menjadi peminat Syasya Dolla," katanya.

Evertts berkata, selepas itu mereka mula lebih banyak berkomunikasi dan mempunyai banyak persamaan yang membuatkan mereka selesa untuk berkawan.

"Kami ada banyak persamaan. Dia seorang penari dan saya juga pernah menjadi penari satu ketika dulu.

"Ramai yang mendoakan kami dan sekiranya satu hari nanti kami ditakdirkan berjodoh, saya tidak menolak.

"Namun, jika berlaku sebaliknya, kami akan tetap berkawan dan masih dapat melihat kami sebagai satu pasangan duo," katanya.

Spekulasi daripada warganet muncul apabila sering melihat Evertts mengadakan sesi siaran langsung di platform media sosial bersama Syasya.

Disiarkan pada: January 4, 2024 @ 3:02pm
d