rap

Shuhada tak sedia kahwin lagi, bimbang dilukai

Oleh Najiy Jefri

Kuala Kubu Bharu: Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengaku trauma dan belum terfikir untuk membuka pintu hatinya kepada insan lain.

Shuhada berkata, dia mengaku ada individu yang cuba mendekati, namun belum bersedia untuk mencari pengganti.

"Saya akui masih trauma dan takut selepas apa yang terjadi kepada saya.

"Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati tapi saya anggap sekadar kawan saja.

"Sebelum nak mulakan hubungan baru saya kena sembuhkan diri dulu," katanya.

Menurut Shuhada, kedua anaknya juga tidak mengizinkan dia untuk berkahwin lagi kerana bimbang akan dilukai.

"Anak-anak trauma dan tak izin saya kahwin lagi kerana risau salah pilih pasangan dan menangis.

"Lagipun fokus saya sekarang hanyalah nak berikan kebahagiaan buat anak-anak dan menjaga emosi mereka. Saya tak mahu mereka membesar dalam keadaan tak elok," katanya.

Dalam pada itu, Shuhada tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan insan yang benar-benar ingin menjaganya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3 tahun.

Pasangan itu sah bercerai talak satu pada 27 Julai tahun lalu.

Disiarkan pada: February 6, 2024 @ 2:46pm
d