rap

'Anak memang tak tahu pasal kami' - Bella Astillah

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: "Jumaat ini hari jadi saya. Sedih, tapi saya anggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya," kata pelakon, Bella Astillah, 30, mengenai keputusannya yang nekad untuk bercerai dengan suaminya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia mengharapkan Aliff dapat berpisah secara baik dan memperbaiki diri masing-masing ke arah kebaikan.

"Saya cuma berharap perkara ini berlalu dengan cepat dan sama-sama menjalani hidup masing-masing. Semoga dengan apa yang terjadi, dapat perbaiki diri masing-masing. Ini juga pesanan untuk diri sendiri juga," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai dua anaknya, Bella berkata, mereka tidak tahu mengenai perkara itu.

"Mereka tidak tahu apa-apa sebab saya selalu bagi alasan ayah mereka kerja dan mereka pun tak main telefon. Ayden bersekolah di sekolah Cina, jadi dia tak dengar apa-apa berita.

"Saya cakap pada Aliff dia sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat.

"Belum masanya untuk cerita pada anak-anak sebab anak kedua baru empat tahun, dia tidak faham situasi. Anak sulung pun saya tak nak beritahu sebab dia baru dua hari sekolah. Bella rapat dengan dia jadi dia tidak bertanya," katanya.

Terdahulu, Bella tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.27 tengah hari, ditemani ibunya, Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir.

Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun tidak lama selepas itu, mereka rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.

Aliff Aziz sepatutnya hadir ke mahkamah

Bella Astillah nekad bercerai dengan Aliff Aziz

Disiarkan pada: March 13, 2024 @ 2:47pm
d