rencana

Friso Gold TrackEasy tingkat keyakinan ibu bapa

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

JENAMA susu tepung untuk ibu mengandung dan rumusan untuk tumbesaran kanak-kanak, Friso Gold® melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama seumpamanya di negara ini, Friso Gold® TrackEasy, baru-baru ini.

Pelancaran yang dibuat secara maya menerusi laman Facebook serta YouTube Friso Gold Malaysia pada 20 Jun lalu dan dihoskan oleh Aishah Sinclair berjaya menarik minat ramai ibu bapa untuk menambah pengetahuan tentang kesahihan, keselamatan dan kualiti produk.

Friso Gold® TrackEasy membolehkan ibu bapa mengikuti perjalanan lengkap susu anak daripada sumber ladang milik Friso Gold® di Netherlands hanya dari telefon pintar masing-masing.

Ibu bapa hanya perlu mengimbas kod QR di bawah tin 900 gram Frisomum® Gold dan Friso Gold® untuk melihat perjalanan susu dari sumber (pemeriksaan ladang) hinggalah pengumpulan susu, pembungkusan, pemeriksaan kualiti akhir, tarikh kelulusan eksport dan tarikh tiba di negara ini.

Tingkat keyakinan ibu bapa

Berdasarkan tinjauan dijalankan oleh Home Tester Club bermula 3 Mac hingga 15 April lalu terhadap 270 ahli yang mencuba Friso Gold® TrackEasy, 98 peratus daripadanya bersetuju ia meningkatkan keyakinan untuk menggunakan dan mengesyorkan produk jenama itu kepada ibu bapa lain.

Ibu kepada anak berusia tiga tahun, Lae Peng berkata beliau dapat tahu lebih mendalam mengenai susu Friso Gold® dan mengikuti proses penuh pengumpulan serta penghasilan susu selepas mengimbas kod QR pada tin.

"Ia terus meningkatkan keyakinan saya terhadap jenama produk ini. Tahu-tahu sajalah kerisauan ibu apabila kami tidak mengetahui sumber makanan atau susu yang diberikan kepada anak," katanya.

Ibu kepada anak berusia dua tahun, Nurul Shazila pula berkata beliau dapat melihat langkah demi langkah penghasilan dan pemprosesan susu berkualiti untuk anak ini selepas mengimbas kod QR.

"Friso Gold® diimport dari ladang tenusu mereka di Holland. Susu dibungkus dengan baik menggunakan penutup pelindung dan panduan sudu yang tepat.

"Ia sangat membantu saya untuk membuat segelas susu yang sempurna setiap masa. Tidak hairanlah anak saya sangat menyukainya," katanya.

Sementara itu, Pakar Pediatrik Hospital Pakar Putra Kajang Dr Alexander Chan berkata Friso Gold® TrackEasy memberikan jaminan dan keyakinan kepada ibu bapa untuk memilih jenama produk ini.

"Kod QR memudahkan saya untuk memeriksa sendiri dari mana susu itu berasal, bila susu dihantar ke kilang, bila produk dihasilkan dan ketika pemeriksaan jaminan mutu dilakukan; dari rumput ke gelas, ia memberikan saya keyakinan sebagai ibu bapa dan juga sebagai doktor untuk memilih produk ini," katanya.

Sertai pencarian Top 50 Friso Gold® Mombassadors

Pelancaran inovasi pembungkusan pintar Friso Gold® TrackEasy bukan saja memberikan kelegaan, meningkatkan keyakinan terhadap kualiti dan keselamatan produk malah peluang untuk anda memenangi wang tunai RM5,000 seorang.

Bagi ibu-ibu Malaysia yang mempunyai anak berusia 1-6 tahun, akaun media sosial serta suka berkongsi gambar dan video, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pencarian Top 50 Friso Gold® Mombassadors di mana 50 ibu terpilih akan memenangi wang tunai RM5,000 dan produk Friso Gold® bernilai sehingga RM450 setiap seorang.

Ikut langkah mudah di bawah untuk menyertai Top 50 Friso Gold® Mombassadors:-

  1. Beli produk Friso Gold® dengan TrackEasy dari Friso Gold® Official stores @ Shopee, Lazada atau kedai-kedai tersenarai.
  2. Imbas kod QR Friso Gold® dan muatnaik foto atau video berserta kapsyen pengalaman anda menggunakan TrackEasy serta mengapa anda mengesyorkan kepada ibu bapa lain.
  3. Sertakan hashtag #FrisoGoldMombassador dan #FrisoGoldTrackEasy. Jangan lupa tag @frisogoldmy di post anda.
  4. Pastikan perkongsian anda adalah pada tetapan umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai Top 50 Friso Gold® Mombassadors, layari laman web Friso Gold.

Dapatkan sampel percuma anda di sini

Disiarkan pada: July 9, 2020 @ 3:14pm
d