santai

Mengurus perbezaan pendapat

Oleh Susunan Suliati Asri

Bercuti bersama rakan sememangnya percutian yang memberikan keseronokan dan sangat menyenangkan. Namun, semua itu akan gagal dilaksanakan jika persiapan untuk bercuti bersama rakan tidak dirancang dengan baik dan matang.

Perbezaan pendapat keinginan lokasi dikunjungi misalnya boleh menimbulkan perselisihan jika tidak dirundingkan dengan baik. Contohnya, beberapa rakan lebih suka ke pantai, sedangkan sebahagiannya ingin ke pergunungan.

Permasalahan lain yang mungkin akan dihadapi adalah kesukaran menyesuaikan jadual sesama rakan sehingga sukar untuk mendapatkan waktu dan tarikh bercuti yang sesuai.

Perbezaan cara dan gaya bercuti juga antara faktor yang boleh menjadikan rancangan percutian bersama rakan hanya sekadar perancangan.

Tidak ingin semua itu terjadi, tip agar percutian bersama rakan tidak sekadar ‘perancangan’ boleh membantu.

1. Tetapkan jadual

Masing-masing perlu memberikan waktu bila benar-benar ingin bercuti bersama. Sebaik-baiknya penetapan tarikh dan tempoh bercuti sudah ditentukan melalui kesepakatan beberapa bulan sebelumnya.

Penetapan jadual atau tarikh bercuti ini penting untuk memberi kesempatan kepada rakan lain melihat jadual cutinya atau memohon cuti.

Selain itu, pemilihan waktu sebaik-baiknya disesuaikan dengan destinasi yang akan dilawati. Ambil tahu mengenai destinasi yang boleh dikunjungi mengikut tarikh yang ditetapkan anda bersama rakan.

2. Pilih destinasi tujuan dan aktiviti

Memilih destinasi tujuan untuk bercuti bersama rakan perlu dirancang dengan bijak dan matang. Semua perlu dibincangkan kerana semua rakan punya rancangan aktiviti sendiri dan lokasi yang ingin dituju ketika bercuti di destinasi pilihan.

Bagaimanapun, tidak semua aktiviti yang diingini rakan perlu dituruti dan kerana itu perbincangan wajar dilakukan untuk memastikan semuanya gembira dengan segala aktiviti dirancang boleh dilakukan sepanjang percutian kalian.

Jika ada rakan yang tetap ingin mengunjungi lokasi yang diingini mereka, luangkan waktu bersendirian untuk melakukan aktiviti yang diingini masing-masing. Tidak semua aktiviti sepanjang percutian itu perlu dilakukan bersama-sama.

3. Pertimbangn pandangan dan kemahuan setiap orang

Setiap rakan mempunyai keinginan berbeza seperti tempat menginap, restoran dan pengangkutan.

Contohnya, sesetengah rakan ingin menginap di hotel mewah, sedangkan yang lain lebih memilih hotel bajet. Begitu juga ketika memilih pengangkutan selama percutian.

Ada yang lebih memilih kereta sewa peribadi dan lebih senang dengan pengangkutan awam.

Pilihan yang berbeza ini sering menimbulkan perselisihan faham. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, usahakan encari jalan tengah supaya semua orang tidak rasa terbeban.

4. Komunikasi dengan bersemuka

Lakukan pertemuan dengan semua rakan yang terbabit sebelum tarikh percutian anda supaya semua rancangan dan kesepakatan muktamad.

Bersemuka dengan semua rakan juga boleh mengeratkan hubungan sebelum percutian dimulakan. Jangan lupa membiasakan perbincangan hal yang baik sebelum mahupun ketika bercuti.

Komunikasi yang jelas mempermudahkan satu sama lain untuk lebih jujur dan terbuka sehingga terhindar daripada konflik.

5. Membahagikan tanggungjawab

Kerjasama sesama rakan pasti membuatkan perjalanan lebih mudah dan menyenangkan. Bagaimanapun, perjalanan bersama rakan akan memberikan kesulitan jika segala bebanan atau tanggungjawab ditanggung oleh satu orang saja.

Jadi, sebelum bercuti buat senarai lengkap mengenai apa yang perlu dilakukan dalam perjalanan. Kemudian tetapkan tugas dan tanggungjawab kepada rakan yang dirasakan boleh menggalas tugasan itu.

6. Siapkan barang bawaan bersama

Hal terakhir yang perlu dipersiapkan adalah mengemas barang bawaan masing-masing. Persiapkan barang bawaan boleh dilakukan dengan mengagihkan barangan yang diperlukan bersama ketika bercuti.

Selain itu, sesama rakan juga perlu saling mengingatkan barang penting yang tidak boleh ketinggilan saat berkemas. Contohnya, membawa jaket terutama ketika bercuti di kawasan sejuk, ubat-ubatan peribadi, krim pelindung UV, telefon bimbit dan kabel mengecas alatan elektronik.

Disiarkan pada: May 18, 2017 @ 1:46pm
d