santai

Taman Organik Zenxin

Oleh Suliati Asri

Taman Organik Zenxin adalah kawasan rekreasi yang membolehkan pelancong datang dan melawat bagi menyaksikan sendiri bagaimana produk organik diproses tanpa penggunaan bahan kimia.

Terletak kira-kira lima kilometer dari Exit 244, Ayer Hitam, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), ladang ini adalah ladang organik pertama dibuka kepada orang awam dan menggabungkan elemen pembelajaran serta rekreasi kepada pengunjung.

Berkunjung ke sini, kesegaran pastinya dirasai dengan tanaman sayur-sayuran, buah-buahan tropika dan herba yang ditanam secara organik.

Untuk mengenali ladang ini secara dekat, pengunjung boleh memilih sama ada menggunakan khidmat pemandu pelancong dari taman organik atau menerokai secara sendiri.

Selain itu, pengunjung juga boleh bersiar-siar dengan melalui kawasan pejalan kaki berbumbung atau berbasikal di laluan yang disediakan.

Antara aktiviti lain yang terdapat di sini ialah berbasikal, memberi makan kepada haiwan peliharaan, memancing ikan dan program menanam atau memetik tanaman.

Bagi pengunjung yang ingin membawa pulang sayuran, buah-buahan, herba atau produk organik, Kedai Organik adalah lokasinya.

Anda boleh membeli-belah dan pulang dengan pelbagai produk organik yang segar.

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 1:08pm
d