santai

Banyak lokasi boleh diteroka

Oleh Suliati Asri

Cuti persekolahan adalah saat yang dinantikan kebanyakan ibu dan bapa kerana ia adalah peluang keemasan untuk ‘membayar’ kembali masa yang terlepas sebelum ini dek kesibukan tugasan di pejabat.

Sabtu ini, bermulalah cuti persekolahan selama seminggu.

Menariknya, cuti berangkai iaitu cuti persekolahan, Hari Kemerdekaan dan Aidiladha yang jatuh pada minggu sama sekali gus memudahkan ibu bapa merancang percutian bersama anak.

Dalam mencari destinasi percutian untuk keluarga, keseronokan, kegembiraan dan kepuasan anak adalah keutamaan.

Oleh itu, jika anda masih tidak punya destinasi yang ingin dituju, Santai menyenaraikan lokasi menarik di setiap negeri di Malaysia yang mungkin menjadi salah satu destinasi pilihan anda.

Setiap lokasi menarik yang disenaraikan juga sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Selamat bercuti!

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 7:38am
d