sihat

Bertatih Sehingga BOLEH Menjalani Ibadah Puasa bersama PediaSure®

Oleh Suliati Asri

Ramadan adalah bulan yang dinanti ketibaannya oleh seluruh umat Islam kerana ketika ini masa terbaik untuk mempertingkatkan ibadah.

Di samping berusaha mempertingkatkan ibadah dalam mendekatkan diri dengan yang Maha Esa, bulan mulia ini juga boleh memupuk keinginan berpuasa di kalangan Si Kecil walaupun hanya untuk separuh hari jika tak terdaya.

Mampukah Sayangku? Kau Kebanggaanku Selalu

Sebagai ibu yang sentiasa memasang impian untuk membesarkan anak yang soleh, kami memahami yang ibu-ibu tidak dapat lari dari kebimbangan sama ada mampu memastikan persediaan yang mencukupi untuknya.

Apatah lagi dalam berlatih untuk berpuasa seawal usia enam tahun. Antara persoalan yang bermain di minda ibu-ibu adalah “Cukupkah nutrisi yang dibekal untuk Si Kecil?”, “Laratkah anakku berpuasa?” dan “Adakah puasa akan menjejaskan tumbesaran anak mereka?”

Nutrisi Lengkap untuk Tumbesaran, Bukan Sekadar di Bulan Ramadan.

Menyedari kebimbangan di kalangan ibu yang sentiasa menginginkan yang terbaik, kami di PediaSure® sentiasa mempertingkatkan usaha untuk menghasilkan rangkaian produk yang memenuhi keperluan anda dan Si Kecil.

PediaSure® diformulasi secara saintifik untuk meningkatkan ketinggian, berat badan dan sistem pertahanan Si Kecil. Sebab itulah 90 peratus ibu melihat peningkatan dalam tumbesaran anak-anak mereka.

Disiarkan pada: May 28, 2018 @ 3:20pm
d