sihat

Germa gandum kaya vitamin, nutrisi

Oleh Suliati Asri

Apa itu germa gandum? Ramai tidak tahu mengenainya apatah lagi kelebihannya.

Dalam biji gandum, ia terbahagi kepada tiga komponen iaitu endosperm, bran dan germa yang biasanya dipisahkan untuk menghasilkan pelbagai tepung dan kegunaan.

Malah, germa gandum sebenarnya adalah embrio tumbuhan gandum yang akhirnya akan menyuburkan pelan gandum baru.

Germa gandum juga adalah gudang yang mengandungi kuantiti protein berkualiti tinggi, vitamin B kompleks dan mineral.

Ia juga sumber tenaga serta nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan. Ia kaya dengan mineral (zink, fosforus, magnesium), serat semula jadi, vitamin E, folat (B9), tiamin (B1), riboflavin (B2), niacin (B3).

Ia turut mengandungi asid lemak Omega-3 yang membantu menurunkan kolesterol yang tidak sihat dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Dalam memanfaatkan kelebihan germa gandum dalam diet harian, ia boleh digabungkan dalam hampir mana-mana hidangan seperti ditaburkan dalam bijirin, kacau ke dalam yogurt, dijadikan oatmeal atau mencampurkannya ke dalam smoothie.

Mengambil bijirin germa gandum ini mungkin sedikit rumit terutama ketika waktu sarapan kerana masa terhad.

Anda juga boleh membuat roti sendiri dengan menambahkan germa gandum di dalamnya atau menggunakan satu daripada jenama terkenal di Malaysia, Roti Sandwic Massimo dengan Germa Gandum.

Diperkenalkan pada 2011, roti Massimo dibakar sempurna mengikut cara tradisional menggunakan bahan yang berkualiti tinggi seperti yang digunakan pVVbuat roti Itali, menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Selain tanpa kolestrol dan bebas lemak trans, roti ini juga bukan saja lembut dan aromatik tetapi boleh dimakan dengan pelbagai cara termasuk membuat sandwic atau roti bakar.

Dinikmati pula dengan minuman kegemaran di waktu pagi, ia sememangnya membuatkan permulaan hari anda cukup menyegarkan. Justeru, jadikan Roti Sandwic Massimo dengan Germa Gandum sebagai pilihan anda hari ini.

Massimo juga menyediakan pelbagai pilihan roti yang mudah diperoleh dan lebih murah untuk memulakan diet seimbang.

Roti Sandwic Massimo dengan Germa Gandum dan produk Massimo lain didapati di kebanyakan pasar raya utama, pasar raya besar, kedai mudah beli dan kedai runcit kejiranan pada harga berpatutan.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.wheatgermisgoodforyou.com.my/

Disiarkan pada: October 21, 2018 @ 12:30am
d