sihat

Tangani diabetes

Oleh Hamizah Badiran

Diabetes antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menjadi masalah kesihatan global terbesar pada abad ke-21 yang mengakibatkan komplikasi kronik hingga mampu mengubah ritma kehidupan secara keseluruhan.

Ia turut dianggap ‘penyakit gaya hidup’ kerana lebih lazim berlaku dalam kalangan mereka yang kurang aktif dan mengalami masalah berat badan berlebihan.

Dengan perubahan gaya hidup seperti melakukan senaman dan pemeriksaan kesihatan awal, diabetes boleh dicegah.

Namun, jika tidak ditangani, diabetes berupaya menyebabkan komplikasi serius termasuk sakit jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta dan amputasi anggota badan.

Selain itu, pengurusan diabetes yang efektif juga amat penting bagi membendung penyakit ini daripada menjadi semakin serius.

Justeru, sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut setiap 14 November, Abbott tampil untuk mendidik dan membantu masyarakat menangani masalah ini.

Menerusi produk makanan tambahan Glucerna® yang diformulasi khas untuk mereka yang mempunyai diabetes, ia direka khusus berdasarkan indeks glisemik (GI) bagi membantu menguruskan diabetes.

Glucerna® adalah produk gantian hidangan yang lengkap dan seimbang untuk membantu pesakit diabetes menjaga berat badan mereka.

Ia mengandungi serat yang lebih tinggi untuk meningkatkan rasa kenyang serta diet yang tinggi MUFA, omega 6, omega 3 dan rendah asid lemak tepu (SFA) dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular (CVD).

Diet rendah GI, secara keseluruhannya membantu mengekalkan paras gula dalam darah di bawah kawalan yang lebih baik dan mengurangkan keperluan untuk insulin.

Karbohidrat yang dihadamkan secara perlahan (fibersol+sucromalt) pula menghasilkan pelepasan glukosa dalam darah yang perlahan bagi tindak balas glisemik lebih baik.

Selain itu, Glucerna® boleh dipertimbangkan sebagai pengganti kalori atau makanan tambahan yang dirumuskan sebagai pelan hidangan berstruktur untuk kawalan kalori dan pengambilan nutrien yang mencukupi.

Glucerna® boleh diambil setiap hari sebagai sebahagian daripada pengurusan pemakanan.

Disiarkan pada: November 14, 2018 @ 10:50am
d