sihat

Kulit banyak lebam?

Oleh HM Digital

SEIRING pertambahan usia, proses pembaharuan sel kulit makin perlahan. Lapisan sel kulit mati kekal lebih lama pada permukaan kulit, lantas membuatkan kulit kelihatan kusam, kasar dan bersisik. Kolagen yang bertindak sebagai struktur sokongan dan keanjalan kulit berkurangan, menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut.

Bagi warga emas, kulit mereka lebih nipis dan mudah cedera kerana saluran darah kian rapuh hingga boleh mengakibatkan lebam atau ‘senile purpura’.

Lebam ini juga boleh berlaku gara-gara pengambilan ubat pencair darah secara berlebihan seperti aspirin dan steroid.

GEJALA

- ‘Senile purpura’ adalah tompok pada kulit berwarna merah keunguan gelap yang pudar secara beransur-ansur.

- Sering meninggalkan kesan kekuningan atau coklat.

- Ia mungkin boleh hilang sepenuhnya atau kekal.

- Lebam ini biasanya muncul pada lengan dan bahagian atas tangan tanpa kecederaan.

KOMPLIKASI

- Tidak berbahaya.

- Warga emas digesa menjalani pemeriksaan untuk memastikan tiada masalah seperti kekurangan platelet, kurang vitamin C dan penyakit tisu penghubung.

- Pesakit yang mengambil ubat perlu dapatkan nasihat doktor bagi menilai ubatan mereka.

RAWATAN

- Tiada rawatan khusus melainkan ia disebabkan ubatan tertentu dan ia perlu diubah.

- Kelembapan kulit berterusan membantu individu untuk mengelakkan kulit kering, tegang dan ketidakselesaan.

PENCEGAHAN

- Warga emas memerlukan penjagaan kulit khusus kerana kulit mereka makin nipis dan kering.

- Elak mandi menggunakan air hangat.

- Kurangkan kekerapan mandi.

- Elakkan penggunaan sabun atau guna sabun yang lembut.

- Sapu krim pelembap pada kulit selepas mandi.

Sumber: myhealth

Disiarkan pada: June 2, 2019 @ 4:30am
d