sihat

Kenali pelekat tapak kaki

Oleh HM Digital

PELEKAT tapak kaki yang mengandungi bahan seperti buluh, cuka kayu, kristal, asid piroligenous dan chitosan sering dikatakan berkesan untuk mengeluarkan toksin daripada badan, menurunkan berat badan dan sebagainya.

Keberkesanan produk ini sering ditonjol menerusi perubahan warna pada pelekat tapak kaki selepas ia dipakai semalaman.

Namun, pakar pula berpendapat perubahan itu berlaku kerana kehadiran sel kulit mati dan kekotoran yang terdapat pada tapak kaki.

Ada juga berpendapat ia terhasil gara-gara interaksi peluh badan pengguna dan bahan kandungan pelekat tapak kaki itu.

Pelekat tapak kaki terbahagi kepada tiga kategori:

1. Peranti perubatan

Ia dikelaskan sebagai peranti perubatan jika bertujuan menyerap toksin yang tidak dikehendaki daripada badan.

Berdasarkan tujuan atau indikasi pelekat tapak kaki boleh diklasifikasikan sebagai peranti perubatan kelas 1 dan didaftarkan di dalam Australian Register of Therapeutic Goods (ARTG) oleh Therapeutic Good Administration, Australia.

Tuntutan kesihatan yang dibenarkan mesti selari dengan tujuan yang diniatkan/indikasi.

Ini termasuk produk pelekat tapak kaki yang berfungsi secara fizikal atau sebagai lapisan perlindungan untuk pengguna.

2. Tradisional

Produk pelekat tapak kaki dikelaskan produk tradisional apabila ia mempunyai bahan herba di dalamnya seperti ekstrak tumbuhan, daun Chitosan loquat dan lain-lain.

Indikasi yang dibenarkan adalah digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum, menggalakkan peredaran darah atau melegakan keletihan.

Sebarang tuntutan kesihatan atau indikasi selain yang dinyatakan di atas perlu disokong dengan dokumen kajian klinikal.

3. Bukan preskripsi

Produk pelekat tapak kaki dikelaskan sebagai produk bukan preskripsi apabila ia mempunyai bahan farmaseutikal sebagai contoh vitamin C dalam aras yang melebihi daripada yang dibenarkan sebagai bahan sampingan atau keberkesanan dalam produk tradisional.

Antara bahan aktif pelekat tapak kaki termasuk:

1. Buluh atau cuka kayu, asid piroligenous

Mempunyai kesan steril, penyahbau dan mempunyai kemampuan untuk menyerap dengan baik.

2. Tourmaline, kristal

Gelombang elektromagnetik dipancarkan dan anion dibebaskan. Jika tourmaline diletakkan di bawah tekanan atau perubahan suhu, ia akan menjana cas elektrik.

Mineral ini dikenali sebagai satu-satunya mineral untuk mengeluarkan haba inframerah dan ion negatif.

3. Chitosan

Sebagai antioksida dan mempunyai ciri-ciri antimutagen.

4. Asid askorbik (vitamin C)

Untuk menggalakkan penyembuhan luka terbakar dan keradangan kulit.

Disiarkan pada: December 1, 2019 @ 5:05am
d