sihat

Inovasi terkini kanta progresif

Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin

KAJIAN mendapati purata rakyat Malaysia melihat skrin digital di antara lapan hingga 10 jam sehari.

Tempoh yang panjang itu boleh memberi tekanan kepada mata dan menjejaskan kesihatannya.

Ditambah pula dengan peningkatan usia, ia akan memudahkan individu mengalami masalah seperti presbiopia iaitu rabun jauh dan dekat.

Presbiopia ialah masalah penglihatan yang biasanya berlaku dalam kalangan individu berusia 40 tahun ke atas menyebabkan mata sukar memberi fokus kepada objek pada jarak dekat.

Selain itu, individu berkaitan turut mengalami kesukaran untuk menyesuaikan fokus pada buku, skrin komputer dan papan putih di dalam bilik mesyuarat.

Sebagai alternatif, individu ini akan memilih memakai kaca mata menggunakan kanta dwifokus untuk mengatasi masalah berkenaan.

Bagaimanapun, kanta dwifokus tidak menawarkan keupayaan yang sama seperti kanta progresif.

Ini kerana pemakai perlu menyesuaikan posisi mereka bagi mendapatkan kedudukan betul supaya objek yang dilihat lebih jelas.

Kanta progresif yang berfungsi dengan cara yang sama mungkin dapat menyelesaikan masalah ini.

Bagaimanapun, banyak kanta progresif di pasaran tidak disesuaikan dengan pemakai seterusnya membawa masalah seperti gangguan pada penglihatan periferi.

Antara masalah lain, pemakai juga mungkin berasa tidak seimbang dan loya kerana melihat pada bahagian yang tidak betul pada kanta terbabit.

Sebagai peneraju industri pengilangan produk optik terkemuka Jepun, Hoya menjalankan penyelidikan menyeluruh bagi menghasilkan kanta progresif.

Produk terbaharu kanta progresif dibangunkan syarikat ini ialah kanta Hoyalux ID Myself.

Kanta ini memfokus kepada pemprosesan imej yang lebih stabil terutama ketika pemakai cermin mata bergerak.

Prestasi optik kanta ini dipertingkatkan apabila penglihatan pemakai menjadi lebih jelas pada jarak dekat dan jauh.

Antara ciri utama kanta ini ialah teknologi penglihatan binokular tiga dimensi (3D) yang membolehkan pemakai merasai pengurangan gangguan dan kesan pergerakan bola mata di luar kawalan.

Melalui produk kanta Hoyalux ID Myself, Hoya lebih ke hadapan dalam penghasilan kanta progresif yang lebih berkualiti untuk pemakai kaca mata.

Disiarkan pada: March 7, 2021 @ 6:21am
d