sihat

Perkhidmatan diagnostik termaju

Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin

MALAYSIA menjadi hab Asia Pasifik apabila pusat pertama makmal penyelidikan klinikal iaitu Hemotagenix Asia Pasifik dirasmikan bulan lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Hematogenix® ialah Makmal Pusat Penyelidikan Klinikal Global yang mengkhusus dalam onkologi/penyelidikan barah dengan akreditasi daripada Kolej Pakar Patologi Amerika (CAP) dan Pindaan Penambahbaikan Makmal Klinikal (CLIA).

Menurutnya, ia mula beroperasi secara global sejak 2007 dan di Malaysia pada Jun 2021.

"Hematogenix® beribu pejabat di Chicago, Illinois, Ameriksa Syarikat dengan tiga cawangan lain di seluruh dunia, meliputi pasaran Eropah di Manchester, United Kingdom, pasaran China di Shanghai.

"Pasaran terkini untuk Asia Pasifik pula adalah di Cyberjaya,"katanya yang merasmikan Hemotagenix Asia Pasifik.

Beliau berkata, selain meningkatkan pelaburan langsung asing dan industri penyelidikan klinikal, kerjasama antara Hematogenix® serta Kementerian Kesihatan (KKM) akan merangsang lebih kerjasama.

"Terutama dalam menyediakan perkhidmatan diagnostik termaju kepada rakyat Malaysia dan pertukaran ilmu serta latihan untuk saintis dalam KKM

"Ia turut memberi manfaat kepada pesakit barah kerana pelbagai ujian untuk barah biomarker kini tersedia di negara ini dengan masa menu

nggu lebih singkat untuk diagnosis,"katanya.

Beliau berkata, penubuhan Hematogenix adalah strategi penting yang dirangka Penyelidikan Klinikal Malaysia dan KKM selama lima tahun kebelakangan ini, dapat mengukuhkan keupayaan Malaysia dalam menjalankan ujian klinikal bertaraf dunia.

"Hematogenix mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan untuk menjalankan ujian biomarker terkini bagi penyelidikan barah dan boleh membangunkan ujian biomarker barah dalaman.

"Ia berjaya diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat,"katanya.

Khairy berkata, sejak beroperasi Jun 2021, Hematogenix mengendalikan lebih kurang 2,000 penghantaran dari negara Asia Pasifik dan lebih 1,200 sampel pesakit daripada 18 ujian klinikal. Semua ini hanya dalam tempoh singkat, 12 bulan.

Jelasnya, usaha untuk mengembangkan operasi Hematogenix daripada ujian klinikal kepada perkhidmatan diagnostik dalam Malaysia, berpotensi meningkatkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia.

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 6:12am
d