sihatcergas

Serlahkan gaya hidup tahun baharu bersama Coway

Oleh Mohammad Asyraf Khalib

SUDAH menjadi kebiasaan untuk setiap individu memasang impian dan azam pada tahun baharu.

Walaupun permulaan 2021 sedikit mencabar, ia bukan alasan membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

Sebaiknya manfaatkan peluang yang ada menjaga kesihatan, kecergasan dan keselesaan seisi keluarga.

Selain pemakanan sihat dan bersenam, pakar juga menyarankan untuk minum lebih banyak air dan mendapat tidur yang cukup.

Seiring saranan itu, Coway Malaysia tampil menawarkan penyelesaian terbaik menerusi promosi tahun baharu untuk rakyat Malaysia.

Ketahui bagaimana Coway membantu anda seisi sekeluarga memperbaharui gaya hidup di tahun baharu dengan tips kesihatan dan tawaran penulen air serta tilam premium!

Penulen air satu keperluan

Pakar kesihatan lazimnya mengesyorkan setiap individu untuk minum lapan gelas air sehari. 

Namun, jumlah pengambilan air mungkin berbeza mengikut usia, tahap aktiviti atau kesihatan seseorang. 

Ditambah pula dengan keadaan cuaca panas terik di Malaysia, air tulen dingin dan segar, pilihan ideal untuk menghidrat semula badan. 

Dengan penulen air VILLAEM II, OMBAK dan KECIL, pengguna boleh menghilangkan rasa dahaga dengan satu butang. 

Sempena promosi tahun baharu, pelanggan boleh menukar beli penulen air jenama bukan Coway lama dengan VILLAEM II atau OMBAK, tanpa sebarang yuran pemprosesan sewa.  

VILLAEM II boleh didapati pada harga RM104 sebulan, jimat sehingga RM1,160. 

Pelanggan juga bakal menikmati perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama lima tahun merangkumi pembersihan dan penukaran penapis. 

Terkenal dengan ciri mesra pengguna, VILLAEM II menjadi penulen air paling laris dan digemari rakyat Malaysia. 

Mana tidaknya, penulen air ini boleh dilaras untuk empat suhu iaitu suhu persekitaran, sejuk, suam dan panas.

Selain VILLAEM II, penulen air OMBAK tidak kurang hebatnya.

Dilengkapi tangki air panas paling besar berbanding penulen air Coway lain, OMBAK ditawarkan pada harga RM120 sebulan.

Untuk penulen air ini, pelanggan dapat menikmati penjimatan sehingga RM1,400. 

Sama seperti VILLAEM II, pengguna OMBAK juga berpeluang menikmati perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

Sesuai seperti namanya, penulen air KECIL pula mempunyai reka bentuk kompak dengan fungsi penyejukan dan pemanasan air langsung, sesuai untuk kediaman moden. 

Hadir dengan kemasan berwarna kuning air biji sagu, KECIL menyerlahkan gaya kontemporari, tampak bersih dan mewah di ruangan rumah. 

Sempena promosi tahun baharu, pelanggan boleh menikmati air tulen bersih pada harga serendah RM77 sebulan.

Tawaran ini termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun serta set kutleri eksklusif*.

Kini penulen air bukan lagi simbol kemewahan, sebaliknya satu keperluan di setiap kediaman.

Tidur lebih lena!

Berdasarkan kajian dalam negara, sembilan daripada sepuluh rakyat di Malaysia mengalami satu atau lebih masalah tidur. 

Pakar berpendapat bahawa peningkatan masalah tidur pada tahun lalu berpunca daripada amalan norma baharu seperti kerja dari rumah.

Selain itu, sinaran biru daripada alat elektronik yang digunakan sebelum tidur juga berisiko menyebabkan pengguna terus terjaga dan menderita insomnia.

Bagi pengguna yang ingin mencari penyelesaian untuk tidur lebih lena, tilam PRIME Series bertaraf hotel lima bintang pilihan terbaik.

Tilam PRIME Series adalah tilam sewa premium pertama di Malaysia dengan perkhidmatan penjagaan tilam berkala.

Dilengkapi sistem spring poket lima zon, ia memberikan sokongan kukuh dengan menyesuaikan bentuk tilam mengikut lengkungan semula jadi badan.

Bukan itu sahaja, penggunaan fabrik antistatik turut membantu menyerap statik daripada badan yang menjadi penyebab insomnia. 

Tilam ini disediakan dengan pelapik tilam yang boleh ditukar untuk memastikan kebersihan tilam anda. 

Tersedia dalam tiga pilihan saiz iaitu King, Queen dan Super Single, rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman tidur di tilam mewah serendah RM129 sebulan. 

Inilah masa untuk rasai pengalaman seperti tidur di katil hotel dalam rumah sendiri. 

Pelanggan juga tidak perlu risau kerana setiap langganan tilam PRIME Series disertakan bersama servis penjagaan tilam percuma selama lima tahun. 

Kekal sihat

Tiada lagi alasan untuk tampil lebih sihat dan cergas di tahun baharu. 

Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup aktif, rakyat Malaysia juga disaran mencari alternatif untuk memperbaharui kehidupan seisi keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ditawarkan Coway, layari www.coway.com.my.

*Tertakluk pada Terma dan Syarat. Selagi stok masih ada. 

Disiarkan pada: January 11, 2021 @ 5:25pm
d