spektrum

Tangan 'adiwira' Ziqri

Oleh Effendy Rashid

MUHAMMAD Ziqri Ramadan, 4, dari Pondok Tanjong, Taiping, Perak yang dilahirkan tanpa tapak tangan dan jari pada tangan kanan dihadiahkan tangan cetakan 3D versi adiwira.

Tangan adiwira ini direka bekas guru, Sujana Mohd Rejab, 51, atau Pak Su dengan kos RM2,000 bertujuan mengembalikan keyakinan kanak-kanak yang berdepan nasib sama seperti Ziqri.

Sebelum ini, Ziqri hanya mampu memerhatikan kanak-kanak seusianya seronok bermain dan kini dia juga mampu melakukannya.

Disiarkan pada: September 11, 2019 @ 10:55am
d