spektrum

Pengarang Tanjak

Oleh Saddam Yusoff

TANJAK atau tengkolok sinonim dengan pemakaian busana istana, kepahlawanan dan dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu.

Lazimnya ia digayakan dengan pemakaian bengkung, samping dan baju Melayu.

Spektrum bersama jurugambar, Saddam Yusoff kali ini membawa anda mengenali pembuat tanjak atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Pengarang Tanjak’, Mohd Zaim Hakimi Mohamad Zain, 25.

Pemuda ini aktif berkecimpung dalam pembuatan aksesori tradisional itu sejak lima tahun lalu.

Biarpun dilahirkan sebagai generasi Y, cinta dan minat dalam seni karangan tanjak Melayu mampu meletakkan Mohd Zaim setanding pembuat tanjak lain.

Setakat ini, Mohd Zaim sudah menghasilkan lebih 1,000 tanjak atas permintaan peminat aksesori itu sekali gus membuktikan semakin ramai menerima semula kehadiran tengkolok sebagai sebahagian gaya hidup.

Berpandukan buku sebagai bahan rujukan, Mohd Zaim mengakui sehingga kini dia perlu terus menimba ilmu untuk menghasilkan tanjak lebih baik dan esklusif.

Disiarkan pada: September 11, 2019 @ 12:02pm
d