spektrum

Spektrum: Bila warga kota patuh PKP

Oleh Shahrul M Zain

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan banyak kawasan tumpuan yang sebelum ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti warga kota menjadi sepi dan kosong seperti ketiadaan penghuni.

Jika sebelum ini jalan raya utama ibu kota Kuala Lumpur tidak pernah putus dengan kenderaan yang bergerak silih berganti tiba-tiba menjadi lengang sejak kerajaan mengumumkan dan memulakan Perintah Kawalan Pergerakan, 18 Mac lalu.

Foto yang dirakamkan sebelum dan selepas memberi gambaran kepada kepatuhan rakyat dan pentingnya kerjasama dalam membantu usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Disiarkan pada: May 9, 2020 @ 6:21pm
d