spektrum

SPEKTRUM: Ghairah orang Liverpool

PENANTIAN 30 tahun penyokong Liverpool FC akhirnya tamat apabila pasukan itu dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris selepas Chelsea menewaskan Manchester City 2-1 pada 26 Jun 2020.

Skuad Jurgen Klopp mengesahkan gelaran ke-19 kelab dengan rekod baki tujuh perlawanan.

Liverpool juga kelab paling awal mengesahkan kejuaraan berbanding juara Liga Perdana yang lain mengatasi rekod baki lima perlawanan dikongsi bersama City dan Manchester United.

  • Lagi foto Spektrum
  • Disiarkan pada: June 26, 2020 @ 7:52pm
    d