spektrum

SPEKTRUM: Undi normal baharu

Oleh FOTO Farizul Hafiz Awang dan Bernama

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, hari ini mencatat sejarah kerana berlangsung ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP).

Pengundi diwajibkan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan akur pada garis panduan normal baharu bagi mengelak penyebaran wabak Covid-19.

Antara langkah yang wajib termasuk saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan penggunaan cecair pembasmi kuman.

Bagi mengelak kesesakan, kebanyakan pengundi juga sudah tahu saluran menerusi Kad Pengundi yang diterima sebelum ini dan waktu cadangan mengundi turut dikeluarkan.

Selain itu, pengundi menggunakan sarung tangan plastik dan kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan berus untuk 'menanda' dakwat kekal pada jari selepas mengundi.

  • Lagi foto Spektrum
  • Lagi berita berkaitan PRK DUN Chini
  • Disiarkan pada: July 4, 2020 @ 6:45pm
    d