spektrum

SPEKTRUM: Kembali ke sekolah selepas 4 bulan

Oleh Mohamad Shahril Badri Saali; Osman Adnan; Malai Rosmah Tuah; Farizul Hafiz Awang; Luqman Hakim Zubir; dan Danial Saad

PELAJAR Tingkatan Satu hingga Empat, murid Tahun Lima dan Enam serta pelajar kelas peralihan kembali ke sekolah, hari ini, selepas hampir empat bulan sekolah ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, Mac lalu,.

Namun, murid, pelajar dan guru masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti.

Sebelum ini, sesi persekolahan dibuka semula bagi pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.

Disiarkan pada: July 15, 2020 @ 4:59pm
d