spektrum

SPEKTRUM: 'Predator' jual ayam gunting

Oleh BERNAMA

Georgetown: Penghibur jalanan yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan sebelah mata, Mohd Nor Hisham Awang Nong, 47 memulakan perniagaannya menjual ayam gunting di Jalan Utama, di sini hari ini.

Bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata, idea memakai kostum Predator tercetus ketika menonton filem itu di rumahnya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Menurut Hisham, selain berniaga, beliau juga dapat menghiburkan orang ramai berhampiran Hospital Pulau Pinang dengan pemakaian kostum itu.

Disiarkan pada: November 16, 2020 @ 6:28pm
d