2057

Perlu benam Myanmar untuk gangsa

Oleh Syafiq Aznan

SKUAD bola sepak wanita tiada pilihan selain perlu Myanmar untuk menghidupkan kembali peluang meraih pingat gangsa.

Selepas kehilangan mata akibat tewas kepada Filipina pada perlawanan pertama kelmarin, pengendalinya, Mohd Asyraaf Abdullah mengakui anak buahnya harus berusaha keras untuk mengalahkan Myanmar meskipun ia dilihat misi sukar.

“Kita sepatutnya mengutip sekurang-kurangnya satu mata ketika bertemu Filipina tetapi terlepas peluang. Kini, peluang untuk meraih gangsa lebih sukar.

“Kita akan mengharungi misi sukar namun tidak mustahil untuk menewaskan Myanmar. Jika kita menang, peluang meraih gangsa kembali terbuka tetapi jika hanya mengutip satu mata, saya rasa peluang untuk tipis.

“Buat masa ini, saya tidak mahu anak buah tertekan dengan kekalahan ini kerana mereka sudah menunjukkan aksi terbaik.

“Secara positifnya, kita berjaya mengurangkan jurang dengan pasukan yang berada pada ranking lebih tinggi dan layak ke saingan Piala AFC,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, malam tadi.

Dalam aksi di Stadium UiTM Shah Alam itu, Malaysia bangkit untuk menyamakan gol pembukaan Impelido Patrice Mae San melalui Dadree Rofinus namun kealpaan benteng pertahanan membolehkan Rodriguez Kathleen Camille Muldong menjaring gol kemenangan Filipinan pada minit ke-74.

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 4:21pm
d