2057

Takraw wanita benam Filipina

Oleh BERNAMA

SKUAD sepak takraw wanita negara mencatat kemenangan sulung pada aksi pertama acara regu menewaskan Filipina 2-0 di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Tekong negara, Siti Nor Shuhaida Jafri menjadi tonggak utama apabila servisnya sering mendatangkan masalah buat regu Filipina untuk mengatur perlawanan.

Set pertama menyaksikan anak buah Md Fikri Md Nor menang selesa 21-13 sebelum menang set kedua 21-17 untuk mengatasi Filipina 2-0.

Malaysia hanya memerlukan satu lagi kemenangan bertemu Indonesia malam ini untuk mencerahkan peluang meraih pingat emas kejohanan menggunakan format round robin.

Seandainya menang dengan Indonesia, skuad negara perlu menumbangkan gergasi sepak takraw, Thailand pada perlawanan terakhir liga esok untuk mengesahkan pingat emas.

Sementara itu, Thailand turut mencatat kemenangan menewaskan Indonesia 2-0.

Disiarkan pada: August 20, 2017 @ 6:13pm
d