2057

Skuasy sahkan satu pingat emas

Oleh BERNAMA

SKUAD skuasy negara mengesahkan satu pingat emas dan satu pingat perak apabila kedua-dua beregu wanita akan berjumpa di final, malam esok.

Perlawanan antara Andrea Lee Jia Qi-Rachel Arnold dan Chan Yiwen-Nazihah Haris akan berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

Andrea dan Rachel terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan beregu Singapura, Au Yeong Wai Yhann-Sneha Sivakumar 11-3 11-5 diikuti Chan dan Nazihah juga menang 11-3 11-5 ke atas duo Filipina, Jemyca Aribado-Yvonne Alyssa Dalida.

"Kami betul-betul bersedia, tidak mahu kalah dengan Singapura sebab kami beregu pilihan pertama. Tekanan lebih kepada kami," kata Andrea.

Gandingan Chan dan Nazihah yang juga pilihan kedua kejohanan, mengakui tidak tertekan untuk beraksi di final bersama rakan senegara.

Malaysia juga boleh mengharapkan emas melalui beregu lelaki, Mohammad Syafiq Mohd Kamal-Ng Eain Yow yang akan berjumpa duo Singapura, Pang Ka Hoe-Timothy Leong Yew Sing di final.

Mohammad Syafiq dan Eain Yow mengalahkan beregu Singapura, Benedict Chan Jia Wei-Chua Man Tong 11-2 11-7 di separuh akhir.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 10:40pm
d