2057

Vietnam juara bola sepak wanita

Oleh BERNAMA

VIETNAM muncul pemenang pingat emas bola sepak wanita temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas menduduki tangga teratas liga sepusingan, hanya menerusi kelebihan jaringan gol.

Pada aksi terakhir di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, malam tadi, Vietnam membelasah Malaysia 6-0 untuk mengungguli persada liga dengan kelebihan jaringan gol berbanding Thailand.

Vietnam, juara edisi 2009 di Laos, berkongsi 10 mata dengan Thailand, namun hanya dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.

Vietnam menang tiga daripada empat perlawanan, menjaringkan 13 gol dan bolos dua gol, manakala Thailand menjaringkan 13 gol tetapi bolos empat gol.

Pingat gangsa menjadi milik pasukan Myanmar yang menamatkan saingan di tangga ketiga dengan enam mata.

Disiarkan pada: August 25, 2017 @ 12:10am
d