2057

Perak milik Mohamad Fazrul

Oleh Azlan Muhammad Zain dan Syafiq Aznan

ATLET angkat berat negara menutup kempen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan meraih pingat perak menerusi Mohamad Fazrul Azrie Mohdad bagi acara 85 kilogram (kg) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, hari ini.

Ini sekali gus menjadi pingat kedua yang dimenangi atlet angkat berat negara selepas Loro Welkinson Peuji memenangi gangsa bagi acara 77 kg, semalam.

Bagaimanapun Mohamad Fazrul cemas apabila angkatan 182 kg bagi ‘clean and jerk’ gagal dua kali sebelum dia berjaya menyudahkan angkatan ketiganya untuk menghimpun beban 323 kg sekali gus membolehkan dia meraih perak.

Emas menjadi milik atlet Thailand Pornchai Lobsi yang menghimpun angkatan 337 kg yang menyaksikan dia memecahkan rekod angkatan ‘clean and jerk’ apabila berjaya mengangkat bebanan 191 kg.

Atlet Vietnam Hoang Tan Tai meraih gangsa apabila dibezakan hanya 1 kg dengan Mohamad Fazrul selepas menghimpun 322 kg.

Disiarkan pada: August 30, 2017 @ 1:00pm
d