2057

Kombo Ramadan di Hotel Maya

Oleh Hotel Maya Kuala Lumpur

BERBUKA puasa bersama keluarga, sahabat handai mahu pun rakan perniagaan membawa seribu erti selain mengeratkan lagi hubungan.

Tambah pula menikmati hidangan ala kampung yang menyediakan aneka pilihan menu, pastinya menambahkan kemeriahan sekali gus menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan semangat kebaikan dan kebersamaan dalam suasana menggembirakan saat berbuka puasa.

Sepanjang Ramadan ini, Hotel Maya Kuala Lumpur menerusi Maya Brasseries menawarkan bufet berbuka Ramadan Warisan Delights @Hotel Maya Kuala Lumpur yang menyajikan hidangan mewah ala kampung yang enak ditambah dengan hidangan antarabangsa yang pastinya menepati cita rasa semua.

Menerusi promosi ini, pengunjung boleh menikmati hidangan panas antaranya nasi beriani ayam, nasi tomato, kambing masak kurma dan daging asam pedas.

Hidangan kari kepala ikan, kerang tumis cencaluk, ikan toman masak sakai, ketam masak kuning dan sambal udang galah, pasti membuatkan si penggemar makanan laut puas.

Ayam masak gulai tempoyak, daging paru berlada, hati ayam berkicap cili padi, telur masin kerabu mangga, pucuk paku kerang, kerabu kacang buncis, kentang berlada ikan bilis, mi sup utara dan asam laksa juga antara menu yang pastinya membuatkan anda pulang dengan kegembiraan.

Bagi yang meminati manisan pula, pelbagai pilihan pencuci mulut seperti serawa durian, ais kacang, cendol dan banyak lagi pasti membuatkan anda tersenyum manis.

Ingin mengadakan majlis berbuka puasa sama ada secara persendirian, korporat, keluarga dan sebagainya? Hotel Maya Kuala Lumpur turut menawarkan harga menarik.

Persembahan ghazal serta suasana berbuka yang penuh dengan kasih sayang, pasti meninggalkan kenangan terindah.

Bufet berbuka puasa Warisan Delights ini ditawarkan bermula 8 Mei hingga 2 Jun dengan harga RM148 dewasa dan RM74 kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Untuk tempahan, hubungi talian 03-2333 1358 atau www.hotelmaya.com.my

Disiarkan pada: May 5, 2019 @ 1:14am
d