2057

Program kembali ke sekolah

Ipoh: Pusat Khidmat Parlimen Tambun dengan sokongan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengambil inisiatif menganjurkan program Kembali ke Sekolah dan Gunting Rambut Pelajar.

Program dianjurkan di Dewan 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara Ulu Kinta itu adalah bagi membantu golongan pelajar sekolah mempersiapkan diri bagi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

Pegawai Khas Kanan Ahli Parlimen Tambun, Mohd Hafez Mubin Salleh yang mewakili Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya terharu dengan sambutan yang diberikan oleh pelajar dan ibu bapa disamping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, seramai 261 pelajar lelaki dan perempuan yang terdiri daripada anak-anak bertugas barisan hadapan itu diberikan sepasang pakaian persekolahan termasuk kasut serta beg sekolah membabitkan lelaki dan wanita.

"Pusat Khidmat Parlimen Tambun juga turut menaja 137 pelajar lelaki menggunting rambut di ruang khas yang disediakan dalam dewan itu.

"Selain menyediakan makanan dan minuman ringan untuk mereka yang hadir." katanya.

Program turut dihadiri Komander Briged Utara Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji dan Komander VAT 69 Senior Asisten Komisioner Abdul Razak Mohd Yusof.

Disiarkan pada: February 28, 2021 @ 9:44pm
d