arena

Sentuhan Bale bantu Spurs lakar kemenangan

LONDON: Gareth Bale memainkan peranan utama biarpun dimasukkan sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol pertama selepas pulang ke Tottenham Hotspur.

Jaringan Bale itu membolehkan skuad bimbingan Jose Mourinho melakar kemenangan 2-1 ke atas Brighton sekali gus melonjak Spurs ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Dia yang masih belum cergas sepenuhnya menghalang Bale daripada menyertai kesebelasan utama sejak pulang bersama Spurs secara pinjaman dari Real Madrid pada September lalu.

Namun bintang Wales yang mencipta rekod yuran perpindahan tertinggi dunia ketika ke Madrid pada tahun 2013 itu kembali menunjukkan ketajamannya dengan menanduk masuk hantaran lintang Sergio Reguilon pada minit ke-73.

Sebelum itu Tariq Lamptey menyamakan kedudukan buat Brighton selepas Harry Kane meletakkan Spurs di depan menerusi penalti minit ke-13.

Spurs kini hanya dua mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Disiarkan pada: November 2, 2020 @ 9:32am
d