arena

Kebangkitan menakjubkan Bayer Leverkusen

Oleh AFP

Berlin: Pemain pinjaman dari Arsenal, Matteo Guendouzi membuat penampilan pertama di Bundesliga ketika Hertha Berlin melakarkan keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Wolfsburg sementara Bayer Leverkusen bangkit daripada ketinggalan menewaskan Freiburg.

Guendouzi dimasukkan menggantikan rakan senegara dari Perancis, Lucas Tousart, membuat penampilan pertama dalam arena kompetitif sejak Jun lalu.

Pemain tengah berambut kerinting itu menyertai Hertha sebagai pinjaman bulan lalu selepas gagal menambat hati Arsenal terpaksa menunda aksinya kerana diuji positif Covid-19.

Dia akhirnya membuat penampilan pertama di stadium Olimpik di Berlin membantu Hertha menamatkan kemarau kekalahan selepas empat perlawanan berturut-turut untuk meraih mata pertama mereka sejak permulaan musim.

Matheus Cunha menghadiahkan gol pertama Hertha sebelum Ridle Baku menyamakan kedudukan.

Terdahulu, penyerang Argentina, Lucas Alario meneruskan rentak cemerlang bagi membantu Bayer Leverkusen menewaskan 4-2.

Alario menjaringkan dua gol sebelum rehat sekali gus membantu pasukannya kembali dalam kelompok empat pasukan teratas.

"Ia satu perlawanan sedikit aneh apabila kami bermula dengan teruk. Kebiasaannya anda tidak boleh mengubah perlawanan seperti itu namun gol Lucas amat membantu kami," kata jurulatih Leverkusen, Peter Bosz.

Disiarkan pada: November 2, 2020 @ 10:41am
d