arena

Selamat Tahun Baru semua! - Ronaldo

Oleh Agensi

London: Cristiano Ronaldo berkongsi dengan peminat kegembiraan meraikan kedatangan Tahun Baru dengan cara sederhana bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

Superstar Juventus itu bersama Georgina dan empat anak mereka bergambar bersama beratus belon berwarna emas.

Pemain berusia 35 tahun itu berkongsi foto mereka sekeluarga dalam Instagramnya dengan kapsyen: "2020 bukan tahun yang mudah, tiada keraguan mengenainya.

"Tiada siapa menafikan kesan dan kesusahan akibat Covid-19 yang menyerang seluruh dunia. Tetapi sekarang masa untuk bangkit dan kita bersama boleh melakukan perbezaan.

"Tidak kira betapa berat dugaan, kita perlu kembali lebih bertenaga dan sedia berdepan cabaran baru dengan lebih pantas.

"Oleh itu, mari kita berusaha menjadikan 2021 titik perubahan, permulaan lebih segar. Jika kita dapat melakukannnya bersama, ia boleh menjadi faktor untuk berubah kepada yang lebih baik.

"Selamat Tahun Baru! dan semoga 2021 menjadi tahun yang boleh dikenang sebagai terbaik!"

Ungkapan bersemangat Ronaldo pantas mendapat jutaan tanda suka dengan ada yang membalas: "Selamat Tahun Baru juga untuk anda sekeluarga."

Peminat yang lain berkata: "Bangga dengan kamu, kawanku! Sumber inspirasi" selain kata-kata: "Selamat Tahu Baru, sang raja!"

Ronaldo ada sebab meraikan kedatangan 2021 selepas dia dipilih Pemain Terbaik Abad ini dalam satu majlis gemilang di Dubai.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu berkata dia mahu beraksi beberapa tahun lagi dan mengimpikan kejuaraan Piala Dunia bersama Portugal.

Disiarkan pada: January 1, 2021 @ 8:25am
d