arena

Ronaldo kena kutuk

Oleh Agensi

Milan: Gagal mencipta peluang yang mampu mengancam kubu lawan bukanlah karakter sebenar superstar Juventus, Cristiano Ronaldo dalam perlawanan berprofil tinggi.

Ronaldo mempamerkan salah satu aksi terburuk untuk Juventus ketika menang ke atas AC Milan 3-1, menurut pandangan Fabio Capello.

Ronaldo sentiasa cemerlang sejak menyertai Bianconeri pada 2018 tetapi menyepi dalam aksi Serie A, pada Khamis lalu.

Bintang Portugal itu seperti dua musim lalu muncul penjaring terbanyak juara Itali dengan 18 gol daripada 16 perlawanan musim ini tetapi gagal menambah jaringan ketika menentang Milan.

Dia gagal mencetuskan impak dan agak sepi sehingga tamat perlawanan dan prestasinya itu mengecewakan Capello.

"Juventus menang tanpa Cristiano Ronaldo. Kami tidak melihatnya dan ia salah satu aksi terburuk sejak dia menyertai Juve,'' kata bekas ketua jurulatih Itali itu.

"Keputusan perlawanan ditentukan pemain gantian dan pemain seperti [Federico] Chiesa, yang tampil berbeza. Milan tidak memiliki skuad yang kuat dan mencukupi untuk bertarung pada tahap ini.''

Disiarkan pada: January 10, 2021 @ 6:33pm
d