arena

Aksi Leipzig-Liverpool di Budapest

Oleh AFP

Paris: Perlawanan Liverpool menentang RB Leipzig dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara akan berlangsung di Budapest susulan peraturan ketat pandemik Covid-19 yang melarang juara Inggeris itu ke Jerman, umum Uefa hari ini.

''Aksi peringkat pertama akan berlangsung di Puskas Arena di Budapest," menurut badan bola sepak Eropah itu.

Uefa dalam kenyataannya turut berterima kasih kepada dua kelab terbabit di atas kerjasama dan bantuan dalam mencari jalan penyelesaian selain Persekutuan Bolasepak Hungary yang memberi sokongan dan persetujuan menjadi tuan rumah perlawanan.''

Pengesahan Budapest sebagai tuan rumah mengakhiri tanda tanya mengenai venue perlawanan susulan larangan ke Jerman bagi membendung penularan pandemik.

Peraturan Uefa menjelaskan tuan rumah perlu mencari penyelesaian menganjurkan perlawanan atau berdepan risiko kekalahan 3-0.

Keputusan pihak berkuasa Jerman yang melarang sebarang aktiviti penerbangan turut mencetuskan tanda tanya dalam satu lagi saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara membabitkan Borussia Moenchengladbach yang menerima kunjungan Manchester City pada 24 Februari.

Disiarkan pada: February 7, 2021 @ 10:00pm
d