arena

Salah berlakon dapatkan penalti?

Oleh Agensi

London: Mohamed Salah berjaya mendapatkan penalti dan menyempurnakannya ketika menentang Manchester City tetapi penyokong di Twitter mendakwa penyerang Liverpool itu 'berlakon' dengan jatuh begitu mudah.

Salah tidak diragui ditarik oleh Ruben Dias ketika berlari menuju gawang City ketika permainan berbaki 30 minit tetapi dia kelihatan merebahkan badannya dengan mudah supaya jelas kelihatan pada pandangan pengadil.

Insiden itu mendapat perhatian penyokong yang berbeza pendapat di media sosial dengan ramai menyatakan berdasarkan peraturan ia jelas penalti manakala tidak kurang juga yang berpendapat tindakan Salah itu tidak mempunyai semangat permainan.

Rembatan deras Salah membolehkan Liverpool menyamakan kedudukan di Anfield tetapi jaringan kedua hasil kesilapan Alisson membolehkan City kembali mendahului 2-1.

Satu lagi kesilapan Alisson menyaksikan Raheem Sterling menjadikan kedudukan 3-1 dan jaringan menarik Phil Foden melengkapkan kemenangan bergaya 4-1 sekaligus kemenangan pertama City di Anfield sejak 2003.

Disiarkan pada: February 8, 2021 @ 9:53pm
d