arena

Hamilton sambung kontrak dengan Mercedes

Oleh Agensi

London: Juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton menandatangani kontrak baharu setahun dengan Mercedes untuk musim 2021.

Kontrak pelumba berusia 36 tahun itu sebelum ini tamat 2020 tetapi dia kini berlumba untuk Mercedes buat musim kesembilan.

Hamilton muncul pemandu paling berjaya musim lalu apabila memintas rekod kemenangan sepanjang zaman Michael Schumacher dan menyamai tujuh gelaran milik legenda Jerman itu.

"Pasukan kami meraih kejayaan membanggakan bersama,'' kata Hamilton.

"Kami memandang ke hadapan untuk mencapai lebih banyak kejayaan selain terus memperbaiki sama ada di atas mahupun di luar litar."

Antara kandungan kontrak baharu itu membabitkan komitmen Mercedes untuk terus bekerjasama dengan Hamilton dalam meneroka lebih 'kepelbagaian dan kesaksamaan' dalam sukan permotoran.

"Saya teruja dengan visi pasukan dan tak sabar kembali ke litar pada Mac ini."

Disiarkan pada: February 8, 2021 @ 11:01pm
d