arena

Serena jumpa Naomi di separuh akhir

Oleh AFP

Melbourne: Serena Williams mara ke separuh akhir Grand Slam ke-40nya selepas menewaskan pilihan kedua, Simona Halep untuk menempah pertembungan separuh akhir dengan Naomi Osaka.

Juara tujuh kali itu yang beraksi di Terbuka Australia ke-20 dan Grand Slam ke-77nya mudah menewaskan pemain Romania itu dengan keputusan 6-3, 6-3 di Rod Laver Arena sebentar tadi.

"Ini perlawanan terbaik saya di kejohanan ini, sudah pasti,'' kata pilihan ke-10 yang hanya selangkah menyamai catatan rekod 24 gelaran Grand Slam.

"Saya menentang pemain nombor dunia dunia, jadi saya bekerja lebih keras dan itu yang saya lakukan.''

Pemain berusia 39 tahun itu yang juga pemenang 23 kejohanan utama tewas empat final Slam ketika mengejar rekod sepanjang zaman milik Margaret Court sejak memenangi kejuaraan terakhir di Melbourne Park pada 2017.

Pemain Jepun, Naomi menjadi halangan seterusnya selepas pilihan ketiga itu menewaskan pemain veteran Taiwan, Hsieh Su-wei 6-2, 6-2.

Disiarkan pada: February 16, 2021 @ 6:29pm
d