arena

Arsenal cemas di Emirates

Oleh Agensi

London: Arsenal mara ke suku akhir Liga Europa tetapi Mikel Arteta tidak berpuas hati dengan prestasi pemainnya selepas tewas 0-1 kepada Olympiacos di tempat sendiri dalam saingan peringkat kedua 16 terakhir pagi tadi.

Penyerang Olympiacos, Youssef El-Arabi menjaringkan gol di Emirates tetapi kelab Greece itu gagal menambah jaringan manakala Arsenal melepaskan banyak peluang.

Akhirnya, Arsenal menarik nafas lega dan mara ke suku akhir dengan agregat 3-2 selepas tersingkir kepada lawan sama musim lalu.

''Kami berdepan lawan sukar, kami tahu itu. Kami tahu mereka tidak akan berputus asa. Saya gembira mara tetapi pada masa sama kami perlu adil dengan diri sendiri. Hari ini prestasi kami tidak seperti diharapkan. Kami gagal ulangi momentum kemenangan 3-1 di Athens minggu lalu,'' kata Arteta.

''Ia minggu sangat mencabar tetapi saya tak fikir mencari alasan. Kami mempunyai pemain yang segar dan kami tahu kepentingan kejohanan ini. Apabila tiba saat membuat keputusan dan penyudah, ia tampak agak sukar tapi saya yakin kami akan bertambah baik.

''Kami perlu menang baki aksi Liga Perdana seterusnya dan selepas rehat antarabangsa peluang terbaik untuk kami perbaiki kelemahan.''

Keputusan lain:

Arsenal 0 - 1 Olympiakos

(Arsenal mara 3-2 secara agregat)

Dinamo Zagreb 3 - 0 Tott Hotspur

(Dinamo Zagreb mara 3-2 secara agregat)

AC Milan 0 - 1 Manchester United

(Man United mara 2-1 secara agregat)

Molde 2 - 1 Granada

(Granada mara 3-2 secara agregat)

Shakhtar Donetsk 1 - 2 AS Roma

(AS Roma mara 5-1 secara agregat)

Rangers 0 - 2 Slavia Prague

(Slavia Prague mara 3-1 secara agregat)

Villarreal 2 - 0 Dynamo Kiev

(Villarreal mara 4-0 secara agregat)

Young Boys 0 - 2 Ajax Amsterdam

(Ajax Amsterdam mara 5-0 secara agregat)

Disiarkan pada: March 19, 2021 @ 9:04am
d