utama

Tangani gejala LGBT

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Seramai 20 peserta membabitkan golongan profesional menyertai Kelab Sukarelawan Sosial Islam dalam usaha menangani gejala sosial khususnya budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Usaha sistematik itu mendapat sokongan penuh Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) dan Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Peserta sukarelawan itu turut diberikan pendedahan khusus melalui kursus khas di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, di sini, sejak semalam.

Kursus itu bertujuan menggilap kemahiran sedia ada berpandukan manual sukarelawan sosial Islam dikeluarkan JAKIM.

Ketua Fasilitator Kamaruddin Kassim berkata, peserta kursus diterapkan dengan ilmu sukarelawan di lapangan, asas kesukarelawan, etika kesukarelawan dan pemetaan komuniti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 8, 2017 @ 9:31am
d