utama

Perluasan jangkauan digital

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

Media Prima Berhad melalui anak syarikatnya, Media Prima Digital membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Rev Asia Berhad dan Youth Asia Sdn Bhd pada nilai RM105 juta.

Pengambilalihan itu membolehkan Media Prima memperluaskan capaian digital sehingga 9.7 juta dan menjadikannya berada di tempat ketiga paling tinggi selepas Google dan Facebook.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Mohamad Ariff Ibrahim berkata, pengambilalihan itu adalah tepat pada masanya kerana Kumpulan memulakan inisiatif berasaskan digital yang agresif untuk mengurangkan pergantungan perniagaan ke atas pendapatan asas tradisional.

“Kami yakin dengan kandungan digital serta prospek pertumbuhan masa depan perniagaan ini. Pengambilalihan strategik REV Asia menunjukkan komitmen kami untuk mengambil kesempatan daripada permintaan kandungan digital yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna melalui perluasan jangkauan digital.

“Ini seterusnya meningkatkan kecekapan Kumpulan dalam pemasaran kandungan digital, penerbitan kandungan digital dan pemasaran asli iklan digital,” katanya.

Antara portal kendalian Rev Asia ialah OhBulan, Says, Says Seismik, 8 Share, Sirap Limau, MyResepi dan KongsiResepi.com.

Disiarkan pada: May 8, 2017 @ 7:13pm
d