utama

Lima tahun mengecap bahagia

Oleh Sudirman Mohd Tahir

TANGGAL 4 Mei lalu genap lima tahun usia perkahwinan pasangan artis popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Sepanjang tempoh itu pasangan yang mendapat jolokan David Beckham dan Victoria Malaysia ini menjadi idola kebanyakan pengantin baru.

Setiap inci dalam kehidupan mereka baik dari segi fesyen, gaya hidup, kerjaya dan cara didikan anak menarik perhatian masyarakat.

Masakan tidak, Awal dan Scha satu-satunya pasangan selebriti yang kerap dinobatkan sebagai pasangan serasi dalam sebarang acara anjuran program hiburan TV dan majalah.

Malah tidak dinafikan keintiman pasangan ini melayari bahtera rumah tangga mereka ‘dicemburui’ pasangan lain yang menyifatkan Awal dan Scha sangat romantik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 9, 2017 @ 3:56am
d