utama

'Apa beza awak dengan coklat..' [METROTV]

Oleh Nabihah Kamal

BARU berusia sembilan tahun, namun sudah pandai sebut 'pick up lines' yang kini tular dan menjadi ikut-ikutan.

 Ungkapan ‘coklat sakitkan gigi, awak sakitkan hati saya’ kini menjadi sebutan dan yang memperkenalkannya ialah Damia Daniele Adlin dari Lenggeng, Negeri Sembilan.

 Harian Metro dapat menghubungi Damia dan sememangnya dia seorang yang ceria.

"Saya suka buat kelakar, saja buat orang gelak. Saya suka tengok cerita komedi," katanya.

 Damia menerangkan ungkapan berkenaan terhasil ketika dia bertanya kepada kakak saudaranya, Almaz Fazli, 19, Jumaat lalu.

“Saya tanya apa beza awak (kakak saudara) dengan coklat. Kakak saudara jawab, saya putih coklat hitam.

“Saya kata kepadanya jawapan itu salah dan terus saya cakap coklat sakitkan gigi, awak sakitkan hati saya,” katanya.

 Menurut Damia yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu, dia hanya bergurau dengan kakak saudaranya.

 Katanya, budak lelaki yang ketawa besar di sebelahnya selepas dia mengungkapkan ‘pick up lines’ berkenaan ialah abangnya, Muaz Danish, 11.

 Sementara itu, Almaz yang memuat naik rakam video itu di akaun Instagramnya berkata, dia tidak menyangka video itu akan mendapat perhatian netizen.

 "Saya 'upload' (muat naik) dalam Instagram, ada rakan yang ambil dan sebar dalam laman Twitter. Tidak sangka ramai yang melihat sehingga mendapat 31,000 'like' di laman itu.

 "Damia sememangnya seorang yang periang dan saya sendiri tidak sangka kanak-kanak seusia itu boleh keluar ayat kelakar seperti itu," katanya.

 

 

Disiarkan pada: May 9, 2017 @ 10:41pm
d