utama

36 tahun pen dalam perut

Oleh Agensi

DOKTOR berjaya mengeluarkan dua pen mata bulat dari perut seorang lelaki yang menelannya 36 tahun lalu ketika mabuk.

Menurut laporan akhbar People’s Daily, lelaki yang dikenali sebagai Wang itu menjalani pembedahan di sebuah hospital di Kunshan, timur China 4 Mei lalu.

Kedua-dua pen plastik itu dengan setiap satu berukuran 11.64 sentimeter ditemui dalam keadaan baik walaupun tersekat di dalam sistem penghadaman lelaki berusia 50 tahun itu lebih tiga dekad.

Wang menjalani pemeriksaan fizikal di hospital itu Februari lalu.

Doktor menemui objek asing di dalam perutnya ketika melakukan X-ray dan mengesyorkan dia menjalani CT scan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 4:53am
d