utama

[UPDATE] Tebusan diselamatkan, penjenayah ditahan

Oleh Norasikin Daineh dan Mohd Ruzaini Zulkepli

WANITA yang dijadikan tebusan dengan diacukan senjata tajam dipercayai pisau di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu diselamatkan dan suspek berjaya ditahan kira-kira 9.40 malam ini.

Wanita itu dijadikan tebusan oleh lelaki yang memecah masuk rumahnya.

Akibat kejadian itu, polis menutup sebahagian Jalan Damai-Luyang sejak 9 malam susulan kejadian pada 7.45 malam itu.

Anggota polis dan bomba berusaha memujuk lelaki itu supaya melepaskan wanita terbabit.

Terdahulu, sumber berkata, ketika kejadian suspek dikatakan memecah masuk rumah keluarga mangsa.

"Ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran suspek kemudian menghubungi pihak polis.

"Tidak lama selepas itu sepasukan polis tiba menyebabkan suspek bertindak agresif dan menjadikan mangsa sebagai tebusan," katanya.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 9:53pm
d