utama

Bukan penyakit berjangkit

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Kebanyakan pengidap masalah kulit seperti Iktiosis, Dystrophic Epidermolyis Bullosa (DEB), Psoriasis, Hidradenitis Suppurativa atau albino sering dipinggirkan masyarakat kerana perbezaan rupa mereka yang tidak seperti insan lain.

Meskipun penyakit yang dihidapi disebabkan masalah genetik dan tidak berjangkit namun masyarakat masih memandang serong kehadiran mereka hingga menyebabkan ada yang sukar diterima bekerja mahu pun bersekolah.

Menyedari hakikat itu, Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelab Perubatan Putra (Putra Medical Club), Persatuan Pelajar Perubatan Universiti Teknologi Mara (MESTA) dan Universiti Tunku Abdul Rahman akan mengadakan sambutan Hari Kulit Kebangsaan 2017 pada Ahad ini di Taman Setia City, Setia Alam, Shah Alam, Selangor bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap penghidap masalah kulit.

Pengerusi Hari Kulit Kebangsaan 2017 yang juga pakar dermatologi Dr Kartini Farah Rahim berkata, ramai penghidap malu untuk tampil di khalayak dek kerana keadaan kulit mereka yang kelihatan cacat dan berbeza dengan insan lain selain berdepan persepsi negatif masyarakat.

“Kami mahu perbetulkan persepsi berkenaan kerana mereka (penghidap masalah kulit) juga mahu diterima seperti insan normal lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 11, 2017 @ 4:29am
d