utama

Bayi 32kg

Oleh Daily Mail

Ankara: Walaupun baru berusia 18 bulan, berat badan seorang bayi di sini sudah mencecah 32 kilogram (kg).

Keadaan itu berlaku kerana masalah hormon dan ia kini mengancam nyawanya apabila mengakibatkan beratnya naik kira-kira 1.8kg setiap bulan.

Yagiz Bekte, dari Samsun, Turki, begitu besar sehingga tidak muat untuk dimasukkan ke dalam kereta sorong.

Lebih buruk lagi, sukar bagi ibu bapanya untuk mendapatkan lampin untuknya.

Sebuah hospital menawar untuk merawatnya tetapi kosnya tinggi, iaitu RM18,000 untuk bekalan ubat selama tiga hari atau RM168,000 sebulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 12, 2017 @ 5:43am
d