utama

Rayu pelanggan habis makanan

Oleh Siraj Mohd Zaini

Kapar: Kumpulan 15 peniaga makanan di Kampung Tok Muda, di sini, kecewa dengan tindakan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang merobohkan gerai mereka tanpa notis, semalam.

Peniaga Hapipah Sharif, 54, berkata, mereka terkejut apabila melihat kakitangan PTD datang ke kampung itu dengan membawa jentera berat dan memaklumkan mahu merobohkan gerai.

Katanya, dalam kejadian jam 9 pagi itu, mereka merayu diberikan tempoh untuk mengemas peralatan dan makanan, namun tidak diendahkan.

“Pada Oktober lalu, kami dimaklumkan kemungkinan gerai dirobohkan bagi meluaskan longkang di kawasan belakang gerai.

“Namun, beberapa bulan sebelum ini ketua kampung memberitahu kami boleh meneruskan perniagaan kerana projek itu ditangguhkan ke suatu tempoh yang tidak diketahui,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 12, 2017 @ 6:05am
d