utama

Berbirat dilibas pencuri motor

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: Seorang juruteknik cedera di bahagian belakang badan dan tangan selepas dilibas parang oleh sekumpulan tujuh lelaki menaiki motosikal di Flat Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam, mangsa, Mohd Helmy Taufik, 24, mendakwa diekori empat motosikal dinaiki suspek berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sungai Buloh.

Mangsa mendakwa dia ketika itu dalam perjalanan menuju ke Bandar Sri Damansara, di sini, untuk menghadiri kenduri.

Mohd Helmy berkata, penjenayah tiba-tiba mengacu parang ke arahnya dan memaksa dia memberhentikan motosikal ditunggang.

“Saya yang panik memecut motosikal menuju ke Flat Sri Cempaka bertujuan meminta bantuan rakan yang menetap di kawasan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 12, 2017 @ 6:11am
d